Make your own free website on Tripod.com

MAKANAN MEMBENTUK KEIMANANflurline.gif (2300 bytes)

    Ramai yang menganggap makanan dan minuman hanyalah sekadar untuk keperluan jasmani yang memberikan kekuatan disamping bermanfaat untuk menjaga kesihatan badan.
    Dalam Isalam,makanan dan minuman bukan saja berperanan untuk keperluan jasmani.Makanan juga berperanan untuk membentuk rohani seorang Muslim supaya menjadi manusia yang berwibawa.
    Kita akui bahawa jasmani memerlukan makanan tetapi bukan dengan cara yang berlebihan sehingga boleh menjejaskan kesihatan badan.Badan memerlukan makanan sekadar untuk kekuatan fizikal dan mental.Lantaran itu Rasullah s.a.w mengajar umat manusia cara untuk memenuhi keperluan fizikal bukan menurut nafsu dan berlebih-lebihan.
    Di dalam sebuah hadis Baginda yang bermaksud:

    Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan bila terasa lapar
dan bila kami  makan tidak pernah sampai kenyang.

    Dalam usaha untuk mengisi keperluan jasmani ini,kita juga perlu pastikan setiap makanan itu halal pada zatnya atau cara memperolehinya.
   
Justeru itu Allah melalaui lidah rasulnya mengharamkan beberapa jenis makanan dan minuman di samping menghalalkan yang lainnya.Allah bukan saja memerintahkan manusia memakan makanan yang dihalalkan malah manusia juga perlu memilih makanan yang baik serta enak untuk keperluan jasmani bagi membentuk rohani dan keperibadian.
    Dalam surah Al-Baqarah ayat 168 Allah berfirman yang bermaksud:

    Wahai manusia,makanlah apa yang ada di bumi,yang halal lagi baik dan janganlah kamu   ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang         terang dan nyata. 

    Sebenarnya makanan yang tidak baik,lebih-lebih lagi yang diharamkan merosakan diri manusia.Sedikit makanan yang halal sama ada halal pada zatnya atau halal pada cara memperolehinya adalah lebih diberkati daripada makanan dan minuman yang bertibun-timbun tetapi haram.
    Adalah satu rahmat kepada manusia apabila allah tidak menegah mereka memakan yang mendatangkaan manfaat dan kebaiakn untuk manusia itu sendiri,serta menegah daripada makan atau minum sesuatu yang mendatangkan mudarat dan keburukan sama ada untuk diri sendiri,keluarga atau masyarakat.
    Memakan makanan yang baik merupakan syarat utama bagi hamba Allah yang memohon agar segala amal kebajikannya diterima oleh Allah.Hal ini merupakan ikatan yang paling kukuh antara seorang hamba dengan Khaliknya.Tanpa hubungan ini amal ibadatnya sukar diterima oleh Allah.
    Memakan makanan yang haram dan ditegah merupakan gejala yang menghalang segala amalannya  menerima ganjaran.Selain itu makanan haram juga menghalang doa manusia diterima oleh Allah.
    Makanan yang masuk ke dalam perut diibarat seperti memasukkan minyak ke dalam lampu.Andainya minyak itu tidak elok atau bercampur dengan air,tentulah lampu itu tidak akan menyala atau cahayanya malap.Makanan yang haram yang masuk ke dalam uncang perut akan menjejaskan segala amalan manusia.
    Sejak dulu lagi Allah memerintahkan para Rasul-Nya mendahulukan amalan memakan makanan yang baik sebelum memulakan amal ibadatnya.Seperti firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 51 yang bermaksud:

    Wahai para Rasul,makanlah segala apa yang baik dan beramalah kamu dengan amalan      yang soleh.Sesungguhnya Aku maha mengetahui segala apa yang kamu lakukan.

    Kita perlu bimbang dengan peringatan Rasullah s.a.w sendiri kepada manusia melalui sabdanya yang bermaksud:

    Setiap anggota tubuh badan yang membesar hasil daripada memakan makanan yang        haram,sesungguhnya neraka adalah lebih layak untuknya.

    Hadis ini memberikan dua pengertian.Pertama,manusia yang memakan makanan yang dilarang bermakna melakukan satu kesalahan kerana melanggar perintah tuhan.Justeru tempat yang paling layak untuknya adalah neraka.Kedua,akibat membesar dengan makanan yang haram,maka jadilah manusia yang sukar menerima ajaran,hidup bertuhankan nafsu.Akibat runtuhnya akhlak serta kesopanan,dia akhirnya akan disumbat ke neraka.
    Berpunca daripada inilah juga berkemungkinan lahirnya golongan-golongan manusia yang tidak bermaruah,tidak punya nilai harga diri yang akhirnya menjadi sampah masyarakat.Untuk membentuk kembali generasi masa depan yang bermaruah,maka makanan yang berkualiti serta halal perlulah diutamakan dalam memilih jenis makanan.
    Kesan baik atau buruk ke atas generasi kanak-kanak dalam soal pemilihan makanan adalah besar.Justeru itu ibu bapa seharusnya menentukan cotak hidup anaknya pada masa akan datang dengan memastikan makanan yang diberikan kepada mereka adalah makanan yang baik dan halal.
       

Barblue.gif (1437 bytes)

nextclr.gif (6076 bytes)

tweety.gif (2643 bytes)

index intisari penghargaan kata-kata hikmat biodata renungan petua pembaCA KOLEKSI SITI NURHALIZA