Make your own free website on Tripod.com

Menampal Kebocoran Dilangitflurline.gif (2300 bytes)Barblue.gif (11170 bytes)

  

    Bumbung dunia bocor!Permukaan bumi dan segala makhluknya terdedah kepada bahaya pancaran eletromagnet dari langit.Bumbung dunia kita terletak pada paras 10 batu dari permukaan bumi,ialah lapisan stratosfera.Di dalam lapisan ini terkandung sejenis gas yang sangat berguna yang dipanggil ozon.Ozon terdiri daripada tiga unsur oksigen (yang menjadikannya berformula O3),dan ia merupakan bahan yang tidak stabil.
    Ozon berbahaya jika ada dipermukaan bumi kerana ia boleh merosakkan paru-paru dan mata kita.Tetapin dalam stratosfera,ozon berfungsi sebagai pelindung atau perinsai yang menghalang pancaran ultra unggu dari pancaran cahaya matahari daripada sampai ke permukaan bumi,dan melindung semua kehidupan didunia daripada binasa akibat radisi yang kuat itu.
    Dalam keadaan normal,lapisan stratosfera mengandungi kepekatan ozon sebanyak 350 unit Dobson.tetapi,pada tahun 1987,didapati bahawa kepekatan ozon di atas kawasan Antratika telah berkurangan sehingga serendah 109 unit sahaja.Ini jelas menunjukkan lapisan ozon dilangit Antartika telah menipis,dan jelas bahawa dikawasan inilah lubang bocor yang dikatan itu.Kajian selanjutnya telah menunjukkan bahawa kini ada lagi kawasan yang mengalami penipisan ozon,iaitu di Kutub Utara dan negara-negara perusahaan di Hemisfera Utara.
    Pakar-pakar menganggarkan bahawa setiap satu peratus pengurangan ozon di dalam lapisan stratosfera akan mengakibatkan pertambahan dua peratus pancaran ultra unggu yang menembus dan terpancar ke permukaan bumi.Pancaran ultra unggu ialah sejenis pancaran elektromagnet bergelombang pendek yang kuat tenaga radisinya.Pancarannya boleh mengakibatkan mutasi iaitu perubahan sifat dan dan bentuk-bentuk sel-sel hidup akibat berlakunya perubahan kod-kod genetik sel-sel tersebut.
    Selanjutnya mungkin akan menyebabkan sel-sel normal berubah,misalnya menjadi kanser,terutamanya kanser kulit.Pancaran ultra unggu juga ditakuti akan membunuh beberapa spesies plankton yangyang hidup di dalam air dan laut,yang selama ini menjadi makanan asas kepada kehidupan yang lebih besar.Seterusnya pancaran ini akan merosakkan rantai makanan dan keseimbangan biologi,dan terus mengancam seluruh kehidupan di dunia.pancaran ultra unggu juga memberi kesan ke atas tumbuh-tumbuhan.
    Akibat lain daripada penipisan lapisan ozon ialah kenaikan suhu di seluruh dunia dan keadaan cuaca yang tidak menentu.Peredaraan musim yang tidak menentu,kemarau dan peluasan kawasan gurun,ribut taufan yang semakin kerap adalah gejala-gejala yang mengakibatkan berlakunya masalah ini.Pihak sainstis sedang berusaha mencari bahan untuk mengatasi masalah ini.

 

flurline.gif (2300 bytes)

index intisari penghargaan kata-kata hikmat biodata renungan petua pembaCA KOLEKSI SITI NURHALIZA