MAKANAN MEMBENTUK KEIMANAN
Ramai yang menganggap makanan dan
minuman hanyalah sekadar untuk keperluan jasmani yang memberikan kekuatan disamping
bermanfaat untuk menjaga kesihatan badan.
Dalam Isalam,makanan dan minuman bukan saja berperanan untuk keperluan
jasmani.Makanan juga berperanan untuk membentuk rohani seorang Muslim supaya menjadi
manusia yang berwibawa.
Kita akui bahawa jasmani memerlukan makanan tetapi bukan dengan cara
yang berlebihan sehingga boleh menjejaskan kesihatan badan.Badan memerlukan makanan
sekadar untuk kekuatan fizikal dan mental.Lantaran itu Rasullah s.a.w mengajar umat
manusia cara untuk memenuhi keperluan fizikal bukan menurut nafsu dan berlebih-lebihan.
Di dalam sebuah hadis Baginda yang bermaksud:
Kami
adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan bila terasa lapar
dan bila kami makan tidak pernah sampai kenyang.
Dalam usaha untuk mengisi
keperluan jasmani ini,kita juga perlu pastikan setiap makanan itu halal pada zatnya atau
cara memperolehinya.
Justeru itu Allah melalaui lidah rasulnya mengharamkan beberapa
jenis makanan dan minuman di samping menghalalkan yang lainnya.Allah bukan saja
memerintahkan manusia memakan makanan yang dihalalkan malah manusia juga perlu memilih
makanan yang baik serta enak untuk keperluan jasmani bagi membentuk rohani dan
keperibadian.
Dalam surah Al-Baqarah ayat 168 Allah berfirman yang bermaksud:
Wahai manusia,makanlah apa yang ada di bumi,yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang terang dan nyata.
Sebenarnya makanan yang tidak
baik,lebih-lebih lagi yang diharamkan merosakan diri manusia.Sedikit makanan yang halal
sama ada halal pada zatnya atau halal pada cara memperolehinya adalah lebih diberkati
daripada makanan dan minuman yang bertibun-timbun tetapi haram.
Adalah satu rahmat kepada manusia apabila allah tidak menegah mereka
memakan yang mendatangkaan manfaat dan kebaiakn untuk manusia itu sendiri,serta menegah
daripada makan atau minum sesuatu yang mendatangkan mudarat dan keburukan sama ada untuk
diri sendiri,keluarga atau masyarakat.
Memakan makanan yang baik merupakan syarat utama bagi hamba Allah yang
memohon agar segala amal kebajikannya diterima oleh Allah.Hal ini merupakan ikatan yang
paling kukuh antara seorang hamba dengan Khaliknya.Tanpa hubungan ini amal ibadatnya sukar
diterima oleh Allah.
Memakan makanan yang haram dan ditegah merupakan gejala yang menghalang
segala amalannya menerima ganjaran.Selain itu makanan haram juga menghalang doa
manusia diterima oleh Allah.
Makanan yang masuk ke dalam perut diibarat seperti memasukkan minyak ke
dalam lampu.Andainya minyak itu tidak elok atau bercampur dengan air,tentulah lampu itu
tidak akan menyala atau cahayanya malap.Makanan yang haram yang masuk ke dalam uncang
perut akan menjejaskan segala amalan manusia.
Sejak dulu lagi Allah memerintahkan para Rasul-Nya mendahulukan amalan
memakan makanan yang baik sebelum memulakan amal ibadatnya.Seperti firman Allah dalam
surah Al-Mukmin ayat 51 yang bermaksud:
Wahai para Rasul,makanlah segala apa yang baik dan beramalah kamu dengan amalan yang soleh.Sesungguhnya Aku maha mengetahui segala apa yang kamu lakukan.
Kita perlu bimbang dengan peringatan Rasullah s.a.w sendiri kepada manusia melalui sabdanya yang bermaksud:
Setiap anggota tubuh badan yang membesar hasil daripada memakan makanan yang haram,sesungguhnya neraka adalah lebih layak untuknya.
Hadis ini memberikan dua
pengertian.Pertama,manusia yang memakan makanan yang dilarang bermakna melakukan
satu kesalahan kerana melanggar perintah tuhan.Justeru tempat yang paling layak untuknya
adalah neraka.Kedua,akibat membesar dengan makanan yang haram,maka jadilah manusia yang
sukar menerima ajaran,hidup bertuhankan nafsu.Akibat runtuhnya akhlak serta kesopanan,dia
akhirnya akan disumbat ke neraka.
Berpunca daripada inilah juga berkemungkinan lahirnya golongan-golongan
manusia yang tidak bermaruah,tidak punya nilai harga diri yang akhirnya menjadi sampah
masyarakat.Untuk membentuk kembali generasi masa depan yang bermaruah,maka makanan yang
berkualiti serta halal perlulah diutamakan dalam memilih jenis makanan.
Kesan baik atau buruk ke atas generasi kanak-kanak dalam soal pemilihan
makanan adalah besar.Justeru itu ibu bapa seharusnya menentukan cotak hidup anaknya pada
masa akan datang dengan memastikan makanan yang diberikan kepada mereka adalah makanan
yang baik dan halal.
index intisari penghargaan kata-kata hikmat biodata renungan petua pembaCA KOLEKSI SITI NURHALIZA