Petua Pembaca
Muka Berjerawat Dan Berjagat
Jika kulit muka anda
berjerawat dan berjagat (berbintik-bintik hitam),janganlah risau,cubalah petua ini.Ambil
dua camca besar asam jawa dengan sedikit air,ramas-ramas ia biar campuran itu pekat
kemudian tapis airnya.Masak air asam jawa ini dengan api yang sederhana.Ambil secamca teh
tepung jagung dibancuh dengan sedikit air,apabila tepung itu larut,masukkan kedalam air
asam jawa tadi.Kacau sehingga ia sebati dan likat.
kemudian sejukannya.Ambil sedikit,sapulah campuran tadi pada muka anda seperti
anda mencuci muka,gosok lebih sedikit pada bahagian yang berjagat,biar 5-10 minit.Kemudian
bilas dengan air.lakukan setiap pagi dan malam.Insya-Allah,anda akan dapat rasa
perubahannya.Untuk pengetahuan anda campuran itu tidak tahan lama,jadi isikan ia di dalam
bekas kedap udara dan simpan kedalam peti ais.Dua tiga hari kemudian,sediakan bancuhan
baru.
Penawar gastrik
Jika secara tiba-tiba anda diserang gastrik serta sesak nafas,janganlah cemas.Ambil kunyit sebesar ibu jari lalu dihiris bulat,sebanyak tujuh hiris.Masukan ia ke dalam segelas air panas.Minumlah air kunyit itu sambil mengunyah kunyit yang dihiris tadi.Insya-Allah,sakit gastrik akan segera sembuh.
Gigi putih mulut pun wangi
Pinang disangrai sehingga hangus,kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk.Simpan ia di dalam bekas kedap udara.Apabila hendak guna,ambil secukupnya dan campurkan sedikit garam untuk mengosok gigi menggunakan jari anda.Cubalah sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.
limau kasturi mujarab
sekiranya anda mengalami bau badan (bau ketiak) cara terbaik mengatasinya:Belah sebiji limau kasturi,sapukan pada ketiak.Lakukan seminggu sekali,pasti hasilnya memuaskan.
kulit kering
Jika anda mengalami kulit kering,campurkan sebiji telur ayam kampung bersama madu,sapulah pada wajah anda.Biarkan 15 minit.Lepas itu barulah cuci dengan air bersih.Insya-Allah,jika anda rajin mengamalkannya anda akan nampak perubahannya.
INDEX INTISARI PENGHARGAAN KATA-KATA HIKMAT BIODATA ISLAM DAN ANDA RENUNGAN KOLEKSI SITI NURHALIZA